Qayyum Zarich. Powered by Blogger.
RSS

Demi Masa...........

PENGURUSAN MASA

Pengenalan

Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting dalam gaya hidup yang sihat.
Kepentingan pengurusan masa

*Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
-Membazir banyak masa yang berfaedah
-Menjadi tidak produktif
-Tekanan
-Menjadi cemas dan bimbang
-Bertambah gusar dan mudah marah

Panduan
Panduan pengurusan masa bagi remaja.
  • Buat jadual harian.
  • Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
  • Tetapkan matlamat yang anda ingin mencapai.
  • Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut keutamaan.
  • Gunakan diari.
  • Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
  • Jangan melengah-lengahkan kerja anda.

Hasil

Anda menjadi:

  1. Lebih terurus
  2. Produktif
  3. Kurang tertekan
  4. Gembira
  5. Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna

MASA ITU EMAS...INSAN YANG TIDAK BIJAK MENGATUR MASA ADALAH INSAN YANG MERUGIKAN DIRINYA SENDIRI....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment