Qayyum Zarich. Powered by Blogger.
RSS

......PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF.......

Sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya, sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi. Melalui tulisan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang bagaimana mengurus masa secara efisyen.
Langkah 1: Menyedari Bahawa Masa Adalah Tetap.
Langkah 2: Fokus Dan Prioriti, Bukan Rambang Dan Suka Hati.
Langkah 3: Menyedari Bahawa Masa Tidak Menunggu Sesiapa.
Langkah 4: Di Celah-Celah Masa Ada Masa.
Langkah 5: Carilah Keberkatan Dalam Masa.
.

Bagaimanakah memperoleh atau mencari keberkatan dalam masa?
Berikut adalah:
  1. Memberi perhatian kepada hal-ehwal ibubapa.
  2. Sedekahkan masa.
  3. Memberi tumpuan menuntut ilmu agama.
  4. Memberi tumpuan kepada jurusan yang diambil.


"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan- pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENTINGNYA PENGURUSAN MASA DALAM KEHIDUPAN

Masa merupakan neraca perhitungan terhadap segala pergerakkan insan. Masa yang berlalu itu tidak akan kembali walau sedetik pun. Seseorang yang dapat mengurus masanya dengan bijak mencerminkan keperibadiannya yang mulia.
Marilah kita mengisi masa yang terluang dengan sesuatu aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada kita dan masyarakat. Begitu baiknya jika jiwa masyarakat kita ditanam dan disuburkan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti kem remaja cemerlang, menjadi sukarelawan dan lain-lain lagi.

Terdapat empat perkara utama mengenai pengurusan masa dalam kehidupan manusia iaitu:

Pertama - Masa untuk menunaikan perkara-perkara fardhu ain seperti mengerjakan solat.


Kedua - Masa untuk memikir dan merancang masa depan.


Ketiga - Masa untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.



Keempat - Masa untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan.


"Umur yang panjang jangan dipendekkan dengan tidur "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa Efektif Hidup Produktif


Pengertian Masa

Masa adalah hidup,hidup adalah masa.Seseorang yang berjaya menguasai masanya juga bermakna seseorang itu berjaya menguasai hidupnya.




Ke mana perginya masa?

Ke mana perginya masa??? Kebanyakan orang merungut bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup. Adakah anda telah menggunakan masa sepanjang hidup anda denagan baik?

Sekarang fikirkan tentang diri anda yang dahulu dan yang akan datang.Soalan-soalan berikut boleh membantu diri anda menganalisis diri anda:



Lima tahun yang lalu

1.Berapakah usia anda?
2.Di manakah anda tinggal?
3.Adakah anda sudah berkahwin?
4.Adakah anda mempunyai anak?Berapa tahun usia mereka?
5.Apakah jenis sukan yang anda ceburi?
6.Di manakah anda menghabiskan masa cuti anda?
7.Apakah pekerjaan anda?
8.Apakah yang telah anda capai sepanjang lima tahun itu?
9.Berapa pantas waktu tersebut barlalu?

Saya rasa lima tahun tidaklah begitu lama. Lima tahun berlalu dengan cepat sehingga anda tidak terasa usia anda sudah telah bertambah lima tahun.

Sekarang fokuskan diri anda 10 tahun yang akan datang.

1.Berapa tahun umur anda?
2.Bagaimanakah rupa anda?
3.Di mana anda akan tinggal?
4.Berapa tahunkah umur anak-anak anda?
5.Apakah pekerjaan yang akan anda ceburi?
6.Apakah yang anda harap dapat lakukan sebelum itu?

Selepas meneliti serta menjawab soalan-soalan tadi,saya pasti anda mendapat jawapan kepada persoalan ke mana perginya masa?.

Selepas persoalan ini tidak timbul lagi rungutan mengenai kekurangan ataupun kelebihan masa yang dimiliki .Masa sebanyak 24 sehari adalah mencukupi berdasarkan kepada kualiti bukan kuantiti.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tekanan Mengheret Masa


Apakah kaitan tekanan dengan pengurusan masa?
Jawapannya ialah tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu boleh menyebabkan terlalu banyak kerja atau produktiviti tergendala atau tertangguh. Tetpi,tekanan juga boleh membantu mempertingkatkan sesuatu tugas sekiranya seseorang dapat menguruskan masanya dengan baik.


Bagaimana Menangani Tekanan Perasaan?

1.Menyedari kekuatan dan kelemahan diri

2.Memperkukuhkan aspek emosi

3.Menjalin hubungan dengan orang lain

4.Berehat atau Bercuti

Kesimpulannya, tekanan perasaan boleh mengganggu pengurusan masa anda.Oleh itu, tekanan perasaan tidak seharusnya mengganggu pengurusan masa anda supaya kehidupan kita akan lebih teratur.


"Harta benda yang hilang boleh di cari tetapi masa yang berlalu tidak boleh di putar kembali"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS