Qayyum Zarich. Powered by Blogger.
RSS

Demi Masa...........

PENGURUSAN MASA

Pengenalan

Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting dalam gaya hidup yang sihat.
Kepentingan pengurusan masa

*Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
-Membazir banyak masa yang berfaedah
-Menjadi tidak produktif
-Tekanan
-Menjadi cemas dan bimbang
-Bertambah gusar dan mudah marah

Panduan
Panduan pengurusan masa bagi remaja.
  • Buat jadual harian.
  • Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
  • Tetapkan matlamat yang anda ingin mencapai.
  • Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut keutamaan.
  • Gunakan diari.
  • Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
  • Jangan melengah-lengahkan kerja anda.

Hasil

Anda menjadi:

  1. Lebih terurus
  2. Produktif
  3. Kurang tertekan
  4. Gembira
  5. Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna

MASA ITU EMAS...INSAN YANG TIDAK BIJAK MENGATUR MASA ADALAH INSAN YANG MERUGIKAN DIRINYA SENDIRI....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengurusan Masa Dengan Bijak

Gunakan buku catatan untuk mencatat perkara yang perlu diselesaikan.
Jangan sampai kerja tidak dapat di selesaikan pada masa yang ditetapkan.

Masa adalah penting kepada setiap orang. Setiap orang dikurniai oleh Tuhan 24jam sehari.

Mengimbangi masa anda dengan baik untuk keluarga, kerja, masa hiburan dan sebagainya.

Masa akan melepas dengan cepat dan pantas tanpa disedari oleh kita!!

Pengurusan masa merupakan satu tindakan yang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengagihkan masa dengan baik.

Terdapat beberapa teknik untuk mengurusan masa, antaranya,

  1. Tumpukan pada tugas
  2. Tentukan keputusan
  3. Bahagikan tugas
  4. Bermula dengan kerja senang,seterusnya susah
  5. Minta bantuan dan nasihat
  6. Gunakan calendar dan buku catatan

Sekiranya anda mengikut teknik-tekinik di atas, anda dapat menguruskn masa anda dengan bijaksana dan mengelakkan membuang masa pda perkara yang tidak diperlukan.

Kesimpulannya, kita perlu menguruskan masa dengan baik kerana masa tidak akan kembali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adakah anda cekap dalam pengurusan masa?

Adakah anda cekap dalam pengurusan masa? Kalau anda tidak tahu atau tidak pasti , marilah kita sama-sama melakukan satu ujian tentang pengurusan masa untuk mengetahui jawapannya.

Dalam ujian ini, anda perlu memberi pemarkahan bagi setiap pernyataan di bawah berdasarkan situasi sebenar yang anda alami.Pemarkahan adalah seperti berikut:

1)pilih "tidak pernah",markah adalah 0
2)pilih "adakala",markah adalah 1
3)pilih "sering kali",markah adalah 2
4)pilih "biasa",markah adalah 3

Pernyataan-pernyataaan adalah seperti berikut:

1)Sebelum memulakan sesuatu tugasan,saya akan membuat persediaan tentang tugasan yang akan dibuat terlebih dahulu.

2)Bagi tugasan-tugasan yang boleh diselesaikan oleh orang lain,saya akan menyerah kepada mereka.

3)Saya akan membuat satu jadual perjalanan tentang tugasan itu untuk menetapkan tanggungjawab dan matlamat tugasan tersebut.

4)Saya bersedaya upaya untuk menyiapkan semua dokumen sekali gus.

5)Saya akan menyediakan satu senarai tentang perkara-perkara yang perlu dibuat setiap hari dan menyiapkannya mengikut kepentingan masing-masing.

6)Saya bersedaya upaya mengelakkan kekacauan dari telefon,pelawat atau jemputan yang di luar jangkaan.

7)Saya cuba mengaturkan tugasan yang saya perlu siap mengikut emosi dan mental saya pada masa itu.

8)Saya akan meninggalkan suatu ruang masa yang lapang dalam jadual perjalanan saya bagi menghadapi masalah atau situasi yang di luar jangkaan.

9)Apabila kawan-kawan saya ingin mengajak saya untuk melakukan perkara lain,sedangkan saya juga perlu mennguruskan perkara yang lebih penting daripadanya, saya akan menolak ajakan mereka.

Keputusan:
0~12 markah:Anda tidak mempunyai sebarang perancangan tentang pengurusan masa dan sentiasa mengikut jejak orang lain dalam melakukan setiap perkara.

13~17 markah:Anda bersedaya upaya untuk menguruskan dan merancang masa anda setiap hari tetapi keazaman tidak kukuh.

18~22 markah:Anda pandai dalam menguruskan dan merancang masa.

23~27 markah:Anda merupakan teladan dalam perancangan dan pengurusan masa.

Kesimpulannya, kita harus pandai merancang,mengurus dan mengagihkan masa kita agar setiap perkara yang dipertanggungjawab dapat diselesaikan dengan sempurna.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepentingan Pengurusan Masa

Kebanyakan orang pada zaman ini sering merungut bahawa mereka sangat sibuk dan tidak mempunyai masa yang mencukupi.

Mengapa kejadian ini berlaku?Ini disebabkan kemahiran mengurus masa.

Antara berikut merupakan kaedah mengurus masa:

1.Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya
2.Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam seharian
3.Mengubah tabiat lama yang negatif
4.Elakkan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah
5.Disiplinkan diri melakukan aktiviti yang telah ditetapkan

Kesimpulannya, pengurusan masa dengan sistematik dan terancang adalah penting, kita perlu bijak mengurus setiap saat yang dimiliki oleh kita.

Jika anda gagal merancang,anda merancang untuk gagal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa dan Manusia

Masa sangat berharga kepada manusia,pengurusan masa membantu manusia menjayakan pelbagai perkara.Namun adakah anda cekap dalam menguruskan masa?

Berikut merupakan tujuh teknik pengurusan masa yang efektif :

1.Fokus pada tugasan anda.
2.Mengenalpasti matlamat anda.
3.Merangka strategi tugasan.
4.Mulakan tugasan yang mudah terlebih dahulu.
5.Mendapatkan bantuan dan nasihat.
6.Menggunakan diari dan kalendar.
7.Mengekalkan keseimbangan hidup anda.

Konklusinya,pengurusan masa yang efektif dapat mengurangkan tekanan kerja anda.Oleh itu,gunakanlah masa anda sebaik-baiknya kerana masa yang berlalu tidak akan kembali kepada kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa Berharga

Adakah anda tahu?

Masa merupakan harta yang paling berharga bagi semua makhluk di dunia ini.

Kenapa??

Ini adalah disebabkan pembahagian masa oleh Tuhan kepada semua mahluk adalah sama banyak.Tiada sesiapa pun akan dapat pengecualian .

Masa:

365 Hari

1 Tahun

7 Hari

1 Minggu

24 Jam

1 hari

60 Minit

1 Jam

Bagaimana harus kita menggunakan masa yang terhad dengan bijak?

Pengurusan masa yang produktif diperlukan supaya kita dapat menyiapkan kerja dalam masa yang dirancangkan tanpa membazirkan masa yang terhad.

Selaku seorang pelajar,kita harus pandai mengurus masa kita yang sedia ada .Dengan pengurusan masa yang produktif dan berkualiti,barulah kita akan mencapai kejayaan yang cemerlang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS