Qayyum Zarich. Powered by Blogger.
RSS

Masa Efektif Hidup Produktif


Pengertian Masa

Masa adalah hidup,hidup adalah masa.Seseorang yang berjaya menguasai masanya juga bermakna seseorang itu berjaya menguasai hidupnya.




Ke mana perginya masa?

Ke mana perginya masa??? Kebanyakan orang merungut bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup. Adakah anda telah menggunakan masa sepanjang hidup anda denagan baik?

Sekarang fikirkan tentang diri anda yang dahulu dan yang akan datang.Soalan-soalan berikut boleh membantu diri anda menganalisis diri anda:



Lima tahun yang lalu

1.Berapakah usia anda?
2.Di manakah anda tinggal?
3.Adakah anda sudah berkahwin?
4.Adakah anda mempunyai anak?Berapa tahun usia mereka?
5.Apakah jenis sukan yang anda ceburi?
6.Di manakah anda menghabiskan masa cuti anda?
7.Apakah pekerjaan anda?
8.Apakah yang telah anda capai sepanjang lima tahun itu?
9.Berapa pantas waktu tersebut barlalu?

Saya rasa lima tahun tidaklah begitu lama. Lima tahun berlalu dengan cepat sehingga anda tidak terasa usia anda sudah telah bertambah lima tahun.

Sekarang fokuskan diri anda 10 tahun yang akan datang.

1.Berapa tahun umur anda?
2.Bagaimanakah rupa anda?
3.Di mana anda akan tinggal?
4.Berapa tahunkah umur anak-anak anda?
5.Apakah pekerjaan yang akan anda ceburi?
6.Apakah yang anda harap dapat lakukan sebelum itu?

Selepas meneliti serta menjawab soalan-soalan tadi,saya pasti anda mendapat jawapan kepada persoalan ke mana perginya masa?.

Selepas persoalan ini tidak timbul lagi rungutan mengenai kekurangan ataupun kelebihan masa yang dimiliki .Masa sebanyak 24 sehari adalah mencukupi berdasarkan kepada kualiti bukan kuantiti.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment