Qayyum Zarich. Powered by Blogger.
RSS

PENTINGNYA PENGURUSAN MASA DALAM KEHIDUPAN

Masa merupakan neraca perhitungan terhadap segala pergerakkan insan. Masa yang berlalu itu tidak akan kembali walau sedetik pun. Seseorang yang dapat mengurus masanya dengan bijak mencerminkan keperibadiannya yang mulia.
Marilah kita mengisi masa yang terluang dengan sesuatu aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada kita dan masyarakat. Begitu baiknya jika jiwa masyarakat kita ditanam dan disuburkan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti kem remaja cemerlang, menjadi sukarelawan dan lain-lain lagi.

Terdapat empat perkara utama mengenai pengurusan masa dalam kehidupan manusia iaitu:

Pertama - Masa untuk menunaikan perkara-perkara fardhu ain seperti mengerjakan solat.


Kedua - Masa untuk memikir dan merancang masa depan.


Ketiga - Masa untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.



Keempat - Masa untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan.


"Umur yang panjang jangan dipendekkan dengan tidur "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment